Resepi Udang Goreng Butter Yang Sedap

Resepi Udang Masak Goreng Butter

Hi semua. Okay, pernah tertanya-tanya tentang menu apa nak masak harini untuk orang tersayang ? Cewahhh…Tak perlu pening-pening sebab hari ni saya nak kongsikan resepi udang goreng butter yang sedap sehingga menjilat jari dan juga cara-cara masak udang butter @ butter prawn kepada semua pembaca setia blog saya ni.

Okay, sebelum kita start, nak jugalah cerita sedikit pasal udang butter ni. Resepi Udang Goreng Butter @ Resepi Udang Masak Butter adalah resepi yang semakin ramai diminati oleh semua. Asalnya resepi ini selalu dilihat di kedai-kedai makanan Cina Muslim, jadi boleh dikatakan resepi ini datangnya dari orang Cina.

Udang Butter ni terdapat pelbagai jenis cara memasaknya, ada yang basah dan ada yang kering. Harini kita akan try buat yang kering, sebab saya tak gemar sangat yang basah-basah ni. Okay Jom kita start !!

Untuk membuat Udang Butter @ Udang Goreng Butter @ Udang Masak Butter ini tidaklah susah mana pon. Asalkan bahan-bahan cukup boleh kita memasaknya.

Resepi Udang Butter
Udang Masak Butter

Resepi Udang Goreng Butter

Bahan-Bahan untuk Udang Butter @ Udang Goreng Butter @ Udang Masak Butter

  • Udang
  • Tepung Kanji
  • Daun Kari
  • Cili Padi / Cili Besar
  • Stok Ayam
  • Minyak Masak
  • Butter
  • Telur Kuning Sahaja

Resepi Udang Masak Butter

Cara-cara memasak Udang Butter @ Udang Goreng Butter @ Udang Masak Butter

  1. Gaulkan udang dengan tepung kanji sehingga sebati
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali
  3. Masukkan gaulan udang dan tepung di dalam kuali
  4. Masak udang tersebut dan setelah masak asingkan udang tersebut
  5. Sediakan minyak masak yang baru di dalam kuali dan masukkan butter
  6. Kacau telur kuning sehingga rata
  7. Masukkan telur kuning yang dah rata tadi ke dalam kuali sedikit demi sedikit sambil mengacau bahan-bahan di kuali
  8. Masukkan stok ayam, cili dan daun kari kedalam kuali
  9. Teruskan gaul bahan-bahan di dalam kuali sehingga nampak macam jadi buih
  10. Angkat dan tapis masuk ke dalam udang yang dah masak tadi dan siap

Senang jer sebenarnya nak buat Udang Butter @ Udang Goreng Butter @ Udang Masak Butter ni. Cuma kena pastikan jangan henti gaul masa masak butter dan telur kuning. So, tunggu apa lagi. Selamat mencuba dan selamat menjamu.