NABIL CK ENTERPRISE

KERETA SEWA KUALA LUMPUR

NABIL CK ENTERPRISE

Anda mencari perkhidmatan kereta sewa kuala lumpur ? Ingin membuat tempahan sewa kereta kuala lumpur dengan mudah , cepat dan selesa ? Kami menawarkan pelbagai jenis kenderaan khas untuk pelanggan kereta sewa kl kami. Tunggu apa lagi, ayuh tempah bersama kami !

Anda mempunyai kereta dan ingin menjana pendapatan ?

KERETA SEWA KL

NABIL CK ENTERPRISE

Sekiranya anda berminat untuk mendapatakan kereta sewa murah kl anda bersama kami, anda mestilah mengikut prosedur yang telah kami tetapkan. Kami menawarkan pelbagai jenis kenderaan di kereta sewa murah kuala lumpur kami ini. 

Pilih Tarikh Sewa Kereta

Rancang & Semak tarikh perjalanan anda untuk mendapatkan tempahan sewa kereta bersama kami

Kemukakan Maklumat Diri

Untuk memudahkan tempahan, anda boleh whatsapp kami kad pengenalan dan lesen memandu

Baca & Fahami Syarat Sewa Kereta

Anda diminta untuk baca dan fahami terma & syarat kami sebelum membuat tempahan kereta sewa

Pembayaran

Kami hanya menerima pembayaran secara bank transfer @ bank in sahaja.

Anda mempunyai kereta dan ingin menjana pendapatan ?

KERETA SEWA MURAH KUALA LUMPUR

TERMA & SYARAT

  • Salinan Kad Pengenalan/Passport/Pas Pelajar dan Lesen Memandu yang sah dan belum tamat tempoh,serta bil utiliti (bil air/elektrik/astro).
  • Deposit minima RM 100.00 dikenakan semasa menyewa (mengikut jenis kereta). Deposit akan dikembalikan sekiranya kereta dikembalikan dengan baik. Jika tempahan dibatalkan,hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh kereta diambil,jika kurang dari tempoh tersebut,deposit tidak akan dikembalikan.
  • Caj dikenakan setiap penghantaran dan pemulangan kereta mengikut kawasan. 
  • Tiada diskaun pada hari Cuti Umum dan Cuti Sekolah.
  • Sewaan minimum sehari/24 jam. 
  • Waktu penghantaran dan pemulangan kereta sekitar jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam, jika di luar waktu urusan,caj RM 20.00 dikenakan. Pada hari Jumaat,rehat untuk solat Jumaat dari jam 12.30 sehingga 2.30 petang. Penghantaran dan pemulangan kereta hanya akan dibuat sebelum dan selepas tempoh tersebut.
  • Kereta yang lambat dikembalikan akan dikenakan caj RM 10.00 (mengikut jenis kereta) bagi setiap jam. Jika lewat lebih daripada 4 jam,caj sehari akan dikenakan.
  • Sekiranya penyewa tidak mengembalikan kereta melebihi tempoh 12 jam dari tempoh penyewaan tanpa sebarang makluman/pemberitahuan kepada pihak kami,laporan polis akan dibuat terhadap penyewa.
  • Penyewa akan mematuhi segala peraturan jalan raya, dan menjadi pemandu berhemat.
  • Penyewa tidak menggunakan kereta ini untuk tujuan jenayah/ maksiat/ penyeludupan dan perlumbaan.
  • Penyewa tidak dibenarkan menukar,mengambil sebarang alat ganti terhadap kereta yang disewa.Laporan polis akan dibuat ,kes curi spare part kenderaan.
  • Penyewa juga berjanji akan menanggung sebarang kerugian, kerosakan dan saman sekiranya berlaku semasa dalam tempoh sewaan.
  • Jika kereta yang disewa terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke bengkel,penyewa perlu membayar separuh daripada kadar sewa sepanjang tempoh tersebut serta kos pembaikan kereta.
  • Penyewa wajib menjelaskan segala baki tertunggak, kerosakan kenderaan luaran dan dalaman, saman, kompaun jika terdapat semasa tempoh penyewaan.
  • Sekiranya didapati bahagian dalam kereta tertumpah air atau makanan,contoh terkena coklat pada kusyen/air tertumpah di dashboard kereta,panel pintu atau kusyen, caj akan dikenakan.
  • Haiwan peliharaan, durian dan minuman keras,dilarang dibawa masuk ke dalam kereta sewa.

SEWA KERETA MURAH KL

JENIS KENDERAAN YANG KAMI TAWARKAN

NABIL CK ENTERPRISE

SEWA KERETA KUALA LUMPUR

Kami adalah Platform Atas Talian yang terpantas yang membolehkan pelanggan membuat tempahan sewa kereta murah dengan mudah dan cepat.

Kami berhasrat untuk bergerak ke seluruh Malaysia dan mengganggu perkhidmatan sewa kereta tradisional dengan menjamin masa tempahan yang cepat dan mudah

SEWA KERETA KL

Kami adalah syarikat yang menyediakan perkhidmtan sewa kereta di seluruh Malaysia. 

Kami telah beroperasi selama lebih dari 5 tahun dalam industri perkhidmatan kereta sewa murah. 

Jangan tunggu lagi dan tempahlah sewa kereta murah anda sekarang !

COMPANY

HOME
ABOUT
CAREER
POLICY
MEDIA

SERVICES

DIGITAL MARKETING
KERETA SEWA
CLEANING SERVICES
PEST CONTROL IN SEREMBAN

  • 019 2547964
  • hello@itsnabilck.com
  • 2, Jalan Excella 1, Taman Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur